Selasa, 12 November 2013

Marie Chesse Layer



Bahan-bahan :


  • 1 bungkus biskut marie jenama munchies
  • 300 ml whipping cream jenama anchor
  • 250 gm krim keju Tatura
  • 150 gm susu pekat
  • Sedikit keju cheddar - diparut kat atas je.....

Caranya :


  1. Sediakan loyang yg di alas dengan plastik atau aluminium foil.
  2. Pukul krim keju sampai berkrim, masukkanwhipping cream dan susu pekat, gaul sebati.
  3. Tuang satu senduk dalam loyang, susun biskut marie di atasnya... buat sampai habis. lapisan terakhir mestilah cream cheese. Kemudian parut keju cheddar kat atasnya.
  4. Sejukkan dalam peti sejuk. Selepas 3 jam baru boleh potong.

Rabu, 6 November 2013

Wah lama tak update blog

Assalamualaikum... dah berbulan lamanya blog ni tak update. tak reti nak cerita dan buat edit gambar... huhu. asyik2 saja baca blog org je... hehe... sorry sgt2 tak dapat nak update buat masa ni... okbaiii....

Khamis, 13 Disember 2012

Puding Kek






1 kek besar marble atau butter – beli kat kedai peladang

Bahan A

4 sudu besar tepung kastad (birds)
1 tin susu sejat Ideal
1 sudu besar gula
1 tin air buah campuran @ air suam (ikut tin susu ideal)-(buah asingkan)
1 tin besar buah campuran – taburkan di atas kek.

Bahan B

1 kotak jelly perisa strawberry Nona ( 2 cawan @ 400 ml air mendidih)

Cara:-

1.       Potong kek nipis2 dan susun penuh dalam bekas. Ambil air buah campuran siram ke atas kek tadi, biar kek jadi lembap.
2.       Campurkan semua bahan A ke dlm periuk. Kacau di atas api pelahan sehingga masak (pekat). Tuangkan ke atas kek tadi.
3.       Taburkan buah di atasnya.
4.       Akhir sekali tuangkan Bahan B dan sejukkan.

*saya biasa guna bekas kaca bulat (buat 2 bekas) bagi kastad tebal lagi sedappp (^.^)


~ SELAMAT MENCUBA ~