Rabu, 12 Disember 2012

Kek Tiramisu



250 krim keju

Gula kastor – secukupnya atau ikut manis
195 gm whipping cream
12 keping biskut jejari (4 keping x 3 bahagian)
1 cawan air panas
1 sudu makan Nescafe
Serbuk koko

Cara

1. Susunkan 4 keping biskut jejari
2. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
3. Basahkan biskut jejari dengan air nescafe dan letak dalam bekas
4. Pukul krim keju dan gula sampai kembang dan gebu.
5. Masukkan whipping cream dan pukul lagi sehingga rata
6. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut jejari.
7. Ulangkan lagi untuk lapisan kedua dan ketiga sama seperti lapisan pertama.
8. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg ketiga.
9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan