Khamis, 13 Disember 2012

Puding Kek






1 kek besar marble atau butter – beli kat kedai peladang

Bahan A

4 sudu besar tepung kastad (birds)
1 tin susu sejat Ideal
1 sudu besar gula
1 tin air buah campuran @ air suam (ikut tin susu ideal)-(buah asingkan)
1 tin besar buah campuran – taburkan di atas kek.

Bahan B

1 kotak jelly perisa strawberry Nona ( 2 cawan @ 400 ml air mendidih)

Cara:-

1.       Potong kek nipis2 dan susun penuh dalam bekas. Ambil air buah campuran siram ke atas kek tadi, biar kek jadi lembap.
2.       Campurkan semua bahan A ke dlm periuk. Kacau di atas api pelahan sehingga masak (pekat). Tuangkan ke atas kek tadi.
3.       Taburkan buah di atasnya.
4.       Akhir sekali tuangkan Bahan B dan sejukkan.

*saya biasa guna bekas kaca bulat (buat 2 bekas) bagi kastad tebal lagi sedappp (^.^)


~ SELAMAT MENCUBA ~

1 ulasan: